......

6 Nilai yang Perlu Diajar Kepada Mereka Yang Bergelar Anak Gadis

6666

6 Nilai yang Perlu Diajar Kepada Mereka Yang Bergelar Anak Gadis
 
 ~~Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh~~



Pada entry kali ni, Aisya nak berkongsi dengan korang semua mengenai nilai-nilai yang perlu diajar kepada mereka yang bergelar “anak gadis”. Perkongsian ilmu ni bukan sahaja bagi mereka yang sudah pun bergelar ibu bapa, bahkan untuk peringatan/ilmu kepada kita yang bergelar anak gadis juga.

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Ilahi. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak perempuan yang sedang atau mula menginjak ke usia dewasa. Mendidik anak perempuan agar tahu menjaga harga diri, memelihara maruah keluarga dan agama bukanlah satu perkara mudah dalam persepsi dan keadaan dunia yang pada hari ini dikenali sebagai zaman globalisasi. Keterbukaan ruang, minda serta pergaulan sememangnya menjadi kerisauan kepada ibu bapa dalam memastikan anak-anak gadis mereka tahu keterbatasan yang telah ditetapkan mengikut syariat Islam.

Dalam satu riwayat oleh Imam Bukhari dan Imam Ahmad menceritakan tentang sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu ia mendidiknya, mengasihinya dan memeliharanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”.

Disini menunjukkan betapa menjaga, mendidik dan memelihara anak-anak gadis dengan baik selaras hidup sebagai seorang muslimah amat dianjurkan oleh Rasulullah dan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Berikut merupakan 6 nilai yang perlu diajar kepada anak gadis:

1. Mentaati ibu bapa
* Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini semenjak mereka masih kecil dengan menunjukkan sikap dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa merupakan cermin kepada anak-anak. Sekiranya ibu bapa merupakan seorang penyayang, prihatin, tegas dalam soal agama, kesalamatan dan sebagainya, tidak menjadi masalah untuk anak-anak untuk menghormati dan mentaati mereka.


2. Meminta izin
*  Amalan meminta izin sama ada mahu keluar rumah, berjumpa rakan-rakan, mengambil sesuatu bukan kepunyaannya, pergi kedai, membeli-belah dll perlu diterapkan. Hatta memasuki bilik ibu bapa itu sendiri, anak-anak perlu meminta izin. Penerapan nilai ini akan dapat mengawal pergerakan dan tingkah laku anak-anak terutamanya apabila bergaul dengan masyarakat sekelilingnya.


3. Membudayakan amalan syura dalam keluarga
*   Syura @ mesyuarat merupakan nilai yang seringkali jarang dipratikkan terutama bersama anak-anak. Ini yang menjadikan anak-anak gadis lebih banyak membuat keputusan sendiri tanpa berfikir baik buruknya. Budaya syura yakni meminta pendapat dalam kalangan ahli keluarga perlu diterapkan, kerana nilai ini dapat memastikan anak gadis lebih berhati-hati dan mengambil berat tentang sistem keluarga mereka. Bahkan dapat mencari penyelesaian terbaik apabila berlaku satu-satu masalah.


4. Membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan
*      Nilai ini sememangnya perlu diterapkan oleh ibu bapa sejak dari kecil tentang konsep pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia bagi membentuk gambaran awal kepada anak gadis bahawa ada keterbatasan dan cara pergaulan yang betul apabila berhadapan dengan mereka berlainan jantina mahupun jenis.




5. Memperkenalkan rakan-rakan kepada ibu bapa
*      Tanggungjawab ibu bapa juga adalah sentiasa alert dan memantau dengan siapa anak kita berkawan, bergaul, bermain dll. Oleh itu, terapkan nilai ini kepada anak gadis anda agar keselamatan dan kesejahteraan anak gadis anda terjamin.


6. Menemani mereka apabila keluar rumah
*      Dalam zaman yang penuh cabaran ini, sebagai ibu bapa nilai ini perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan anak gadis mereka keluar rumah. Setiap anak perlu mengetahui peraturan keluar masuk rumah dan perlu keluar bersama mahram sekiranya dia  adalah seorang anak gadis.



Akhir kata, nilai-nilai ini perlu dipertahankan dalam institusi keluarga walaupun dunia pada hari ini semakin menuju ke arah kemodenan dan serba maju. Peningkatan dan perkembangan teknologi bukanlah satu alasan untuk membuka ruang keterbatasan pergaulan antara perempuan dan lelaki yang dilihat semakin tidak bermoral dan hilang maruah diri.

editor: @isyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..