......

9 Tempat Menarik Di Pahang

6666
1. Air Terjun Pelangi






Terletak lebih kurang 300km dari Kuala Lumpur, Air Terjun Sungai Lembing merupakan destinasi pelancongan yang kurang popular di kalangan penduduk Malaysia. Mungkin kerana terletak di kawasan yang agak terpencil dan sukar untuk dilawati menyebabkan ia kurang dikunjungi oleh para pencinta alam semulajadi.

Air terjun Pelangi terkenal dengan kecantikannya. Pelancong akan dapat melihat pelangi 
yang cantik di sebalik air terjun hanya pada waktu pagi. Pengangkutan / kenderaan 4WD ada disediakan bagi memudahkan pelancong untuk mengelilingi bandar kecil yang menarik lagi mencabar. Terdapat beberapa pakej 'Tour' disediakan bagi pelancong yang gemar dengan aktiviti lasak di hutan dan dilengkapi panduan daripada kru 'guide' di sana.



2. Muzium Sungai Lembing




Muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara am nya. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia.


3. Pantai Balok




Pantai Balok yang terletak kira-kira 15 kilometer ke utara Kuantan. Di pantai ini terdapat sebuah pusat rekreasi yang menyediakan kemudahan berkhemah kepada orang ramai. Kesesuaiannya dengan pelbagai kegiatan rekreasi juga menyebabkan pantai ini sering menjadi pilihan kepada banyak pihak di Kuantan untuk aktiviti hari keluarga. Bagi penduduk tempatan di sini, pantai Balok merupakan destinasi yang ideal untuk bersantai pada hujung minggu kerana keadaan pantai yang nyaman dan redup.

 Selain dari itu, kemudahan asas di kawasan ini juga lengkap seperti kemudahan bilik air, bilik persalinan serta tandas awam. Sekitar kawasan Balok juga terdapat banyak gerai-gerai makanan yang diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai hidangan menyelerakan seperti ikan bakar, keropok lekor dan masakan ala-Thai. Pengunjung juga boleh mendapatkan ikan-ikan segar serta hasil tangkapan laut yang lain dari beberapa perkampungan nelayan berhampiran.



4. Taman Negara Endau Rompin




Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. 

Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!

Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang luas.



5. Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau


Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Taman Negara Pahang. Kuala Gandah menjadi tarikan pelancong kerana adanya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara.  Pelancong berpeluang menunggang, memberi makan dan memandikan gajah di sungai.Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah berumur 70 tahun.
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang pemandu gajah.

6. Pualau Tioman


Kira-kira 56km di luar pesisir pantai Pahang ialah Pulau Tioman, syurga percutian di Laut China Selatan. Diiktiraf sebagai satu daripada pulau percutian terbaik di dunia, dengan kejernihan airnya yang tembus pandang. Sangat memukau! Merupakan syurga bagi penyelam dan aktiviti air lain pastinya keindahan laut diteroka habis!
Kehijauan Pulau Tioman juga menjadi rumah kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan kecil, termasuk rama-rama, biawak, rusa dan monyet. Flora dan faunanya yang unik dan menarik. Pembentukan batu granit menjadikan destinasi ini sebuah ekspedisi memanjat batu yang hebat. Bagi pendaki yang sukakan pengambaraan, mereka boleh cuba memanjat cerun menegak menghadap Gunung Nenek Semukut atau Tanduk Naga. Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan penginapan mewah sekitar pemandangan bukit-bukau yang mengagumkan.

7. Bukit Fraser


Pemandangan indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah perkampungan desa kecil Bukit Fraser. Pada ketinggian 1524 meter di atas paras laut, peranginan tanah tinggi ini adalah syurga aktivis alam semula jadi yang menawarkan tumbuhan yang tidak terkira banyaknya, termasuklah berbagai spesis burung dan haiwan.

Tempat ini sangat popular bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan juga perkhemahan.

8. Taman Kenong Rimba


Meliputi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong, Kenong Rimba Park terletak di barat-daya Taman Negara. Di dalam taman itu terdapat beberapa gua batu kapur yang menarik. Suasana yang tenang dan sunyi dikejutkan dengan kicauan burung dan air terjun yang melata dari atas bukit.

Setiap gua batu kapur terletak kira-kira setengah jam perjalanan antara satu sama lain. Paling menarik adalah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah bot yang digali. Cerita rakyat tempatan bahawa gua terbentuk apabila sebuah bot membawa utusan Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Di sini anda boleh menemui pelbagai tumbuhan termasuk orkid, pokok ara dan epifit.

9. Dusun Eco Resort


Dusun Eco Resort terletak di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan hujan Sungai Poh, Bentong, Pahang Darul Makmur. Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur / Karak. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan.
Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan. Di sini terdapat beberapa aktiviti yang menjadi taruhan kepada pengunjung yang gemar aktiviti lasak seperti jungle trekking, rock climbing, paintball dan rntas halangan. Menariknya ianya di hutan!
Akhiri hari anda dengan merehatkan fizikal dan mental sambil berkaraoke dan menonton Astro. Ini merupakan sebahagian pengalaman yang kami tawarkan untuk penginapan yang menyenangkan dan menyeronokkan.


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..