......

9 Tempat Menarik Di Perak

6666
1. Hotspring Sungai Klah, Sungkai





Sungai Klah Hotspring ini direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke kolam renang dan taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.

Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman urutan Melayu tempatan, pihak taman menawarkan pakej terbaik urutan tradisional yang boleh dimanfaatkan. Untuk mengikuti aktiviti yang lebih mencabar, para pelawat boleh mengikuti cabaran menelusuri Sungai Sungkai atau berlari di trek sekitar taman rekreasi ini sambil menikmati alam semulajadi.


2. Hutan Simpan Belum




Ke arah utara Tasik Temenggor, di utara Semenanjung Malaysia (negeri Perak), terdapat satu kawasan hutan yang luas yang belum terusik yang dikenali sebagai Hutan Simpan Belum. Kawasan ini merupakan salah satu rizab hutan terbesar yang belum pernah diterokai di Semenanjung Malaysia. Kehadiran spesies mamalia besar seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Belum sangat istimewa.

Pelbagai pengusaha pelancongan kini menawarkan perkhidmatan lawatan berpandu ke kawasan-kawasan tertentu rizab dan akan menguruskan permit yang diperlukan, pengangkutan jalanraya dan sungai dan penginapan, termasuk perkhemahan.


3. Gua Tempurung




Gua ini mungkin merupakan gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Gopeng, 24km di selatan Ipoh, gua itu berkeluasan kira-kira 1.5km panjang.



Terdiri daripada lima bentuk kubah besar yang siling atasnya berbentuk tempurung kelapa, setiap satu kubah mempunyai pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit. Kubah-kubah ini juga berbeza di antara satu sama lain dari segi suhu, paras air, kandungan batu kapur dan marmar.

Trdapat beberapa pakej untuk menerokai keindahan gua tempurung yang dikendalikan oleh beberapa orang 'guide' yang sporting dan berani.  


4. Bukit Larut




Semua jenis bunga yang terdapat di Malaysia termasuk pokok palma gergasi 'fishtail' yang jarang ditemui dapat hidup segar di sini. Bunga matahari keemasan yang ditanam di sini adalah yang terbesar di negara ini.

Pada hari yang cerah, anda boleh melihat pesisiran pantai semenanjung dan Selat Melaka, menjangkau sehingga ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan. Pemandangan yang indah dapat dilihat di siang hari, dan kelihatan mempesonakan pada waktu malam. Walau bagaimanapun, pemandangannya sering dikaburi oleh kumpulan awan pada waktu petang, terutamanya dari bulan September hingga ke Disember.


5. Hutan Paya Bakau Matang




Hutan Paya Bakau Matang adalah ekosistem paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula telah memenangi anugerah bagi kategori "Tarikan Perlancongan Terbaik (Tarikan Alam Semula Jadi)" di Anugerah Pelancongan Malaysia.

Semasa musim penghijrahan di antara bulan Ogos dan April setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 200,000 burung-burung hijrah yang terdiri daripada kira-kira 50 spesies akan singgah di sini.

Terdapat juga pusat pelawat yang serba lengkap dan bermaklumat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan yang terperinci serta paparan yang memfokuskan tentang kepentingan melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah.



6. Kompleks Sejarah Pasir Salak




Terletak kira-kira 70km dari Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela. Terdapat memorial yang didirikan untuk menghargai pengorbanan mereka, dalam bentuk sundang (pedang), satu replika berbentuk pisau yang digunakan dalam pembunuhan Mr. Birch. Kompleks ini memberi penghormatan kepada pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela, yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British.

Tarikan lain di kompleks itu adalah Monumen J.W.W. Birch, kubur Sipuntum (didakwa sebagai pembunuh), kubu Datuk Maharaja Lela, meriam Lela Rentaka yang digunakan dalam penentangan terhadap tentera penjajah British, dan dua Rumah Kutai (rumah tradisi Perak) dipenuhi dengan artifak sejarah dan budaya tempatan.


7. Kellie's Castle


Istana Kellie dibina sebagai rumah kedua bagi pengusaha ladang dari Scotland bernama William Kellie Smith pada abad ke-20 Di samping berhantu, mahligai ini dipercayai mempunyai bilik-bilik tersembunyi dan terowong-terowong rahsia di bawah tanah.


Jalan ke Istana Kellie dibina mengikut kontur tanah yang berliku-liku dan menggayatkan, sehingga seperti akan sesat, menambahkan lagi misteri dan suasana romantik kawasan itu.




8. Pulau Pangkor




Pelawat berpeluang untuk melihat sebahagian daripada mereka semasa 40 minit perjalanan feri dari Lumut ketika berhenti di petempatan utama Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum mendarat di pekan Pangkor.

Dua kawasan pantai yang terkenal iaitu Pasir Bogak dan Teluk Nipah menawarkan kepada peminat aktiviti laut seperti aktiviti menyelam, luncur angin dan memancing. Walaupun Pasir Bogak agak maju, Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana kampung. Teluk Ketapang atau Teluk Penyu masih menerima kehadiran penyu untuk singgah bertelur. Beberapa resort di pulau itu juga mempunyai padang golf yang luas dan cantik.


9. Galeri Arkeologi Lenggong



Galeri Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Galeri Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
Bagi pencinta sejarah, tempat ini sesuai dengan minat anda untuk mendalami asal-usul manusia yang pernah mendiami tempat ini ribuan tahun dahulu.




Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..