......

9 Tempat Menarik Di Melaka

6666
1. Melaka River Cruise




Sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.
Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini.
Waktu terbaik menaiki Melaka river cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan anda juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.
Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai.
2. Kampung Morten




Masakan tidak, pengunjung akan dapat melihat kesemua rumah yang jumlahnya hampir 200 buah, merupakan sebuah perkampungan tradisional satu-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, tersusun dalam bentuk tradisi sama ada dari segi bentuk bumbung, tangga, hiasan dalaman selain cara menghias.

Lebih menarik, mereka yang datang ke kampung tradisional itu berpeluang melihat barangan antik seperti pinggan, tembikar, dan seramik lain di ‘Villa Sentosa’ terletak di hujung kampung itu bersebelahan Sungai Melaka.

3. Pantai Klebang




Tarikan utama di Pantai Klebang ialah Bustel. Kalau nak tahu Bustel ini adalah bilik hotel dalam bas! Pantai Klebang adalah pantai tambak yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan di negeri Melaka.

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, ada gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan 'street food'. Kalau dah sampai Klebang, wajib rasa 'coconut shake' yang sangat popular di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong. Mantap!  Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.

Slain itu, anda boleh beriadah sambil main layang-layang di pantai. Ada banyak bus shop yang jual layang-layang pelbagai design. 


4. Muzium Kapal Selam

Melaka penuh tinggalan sejarah yang boleh kita belajar sambil berjalan. Melaka sekali lagi menawarkan tarikan baharu dengan pembukaan Muzium Kapal Selam. Muzium ini diselia Perbadanan Muzium Melaka yang terletak di Dataran 1 Malaysia Klebang.

5. Rumah Terbalik 


Untuk mereka yang suka bergambar, jangan lepaskan peluang untuk beraksi dan bergelak ketawa di dalam Rumah Terbalik Melaka.
Terletak dalam rumah kedai di kawasan Mahkota Parade, rumah ini nampak normal dari luar. Akan tetapi di dalamnya semua perabot dipasang terbalik.
Dari katil di bilik tidur sehinggalah bilik air yang lengkap dengan tandas dan ubat gigi, semuanya dipasang di siling. Jika anda tidak pandai berposing, jangan risau, ada penerangan ringkas cara bergambar untuk anda pastikan hasil anda lebih lucu.


6. Wildlife Theatre




Tarikan Wildlife Theatre di Pulau Melaka ini adalah satu taman pertunjukan haiwan yang agak berbeza dari kebanyakan tempat tarikan haiwan di Melaka.
Di sini, anda dan anak-anak boleh berinteraksi dan belajar tentang haiwan seperti dalam kelas haiwan. Dan berbeza dengan zoo, anda dapat memegang haiwan tersebut, mendengar penerangan tentang haiwan dan bertanya soalan.
Dan jika anda selalu terlepas pertunjukan haiwan di zoo, tempat ini memberi anda peluang menyaksikan pertunjukan haiwan seperti singa laut dan lain-lain lagi.


 7. Melaka Alive




Pementasan teater dengan kesan khas di Melaka Alive menceritakan kisah Panglima Awang dan sejarah negeri Melaka — dari zaman kegemilangannya sehinggalah kejatuhannya ke tangan Portugis.
Jika anda tidak mahu hanya duduk menonton, anda boleh ke Pirate Adventure. Di Pirate Adventure ini anda akan masuk ke kapal lanun yang lengkap dengan prop yang realistik dan lanun-lanun hidup yang menyeramkan.
8. Taman Tema A Famosa Resort






A Famosa Resort di Melaka ialah sebuah taman hiburan keluarga yang popular dengan taman tema air, safari wonderland dan bandar koboinya.
Berada di pinggir tol Simpang Ampat Melaka, bandar hiburan A Famosa ini terletak agak jauh dari tarikan lain di bandar Melaka. Akan tetapi jika anda menginap di sini, tarikan yang ada sudah cukup untuk memenuhi hujung minggu anda.
9. The Shore Sky Tower




Di bangunan setinggi 42 tingkat ini anda boleh berjalan di atas jambatan dan melihat panorama bandar Melaka. Ada juga menara tinjau yang lantainya dibuat dari kaca untuk anda menjengah ke bawah. Tapi awas, kalau anda takutkan tempat tinggi, mungkin tarikan di bangunan tertinggi Melaka ini bukan untuk anda.
1. Anda boleh bergambar di mana-mana. Tetapi di kawasan menara tinjau dengan lantai kaca, anda tidak boleh bergambar dengan kamera sendiri. Bayaran RM 45 dikenakan untuk tempat istimewa ini.
3. Jika anda sudah letih atau panas di atas, turun ke bawah untuk bershopping sakan di pusat beli belah baru Melaka — The Shore Shopping Gallery.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..