......

9 Tempat Menarik Di Pulau Pinang

6666
1. Taman Negara Teluk Bahang





 Anda boleh berjalan kaki di hutan ini dan melalui jambatan kanopi walk sejauh 250m dari pokok ke pokok. Selain mandi di pantai, anda boleh menaiki bot ke pantai Keracut dan melawat tempat pemuliharaan penyu di sana. 3. Selain berkhemah anda juga boleh melakukan aktivit jungle trekking dan memancing.
2. Tropical Spices Garden

Peminat tumbuhan dan herba yang melawat Penang mungkin ingin berehat sambil menikmati suasana Tropical Spice Garden di Teluk Bahang ini. Anda boleh bersiar-siar sambil melihat lebih 500 species herba dan rempah.
Jika anda benar-benar ingin mendalami jenis tumbuhan di sini, anda boleh mengikuti Garden Tours dan bayaran tambahan dikenakan..Anak-anak boleh bermain dan mengikuti pelbagai aktiviti di sini — dari belajar mengitar semula bahan alam untuk projek seni, sehinggalah kepada eksplorasi taman pada malam hari.


3. Taman Burung Penang


Dengan lebih 3000 ekor burung yang diletak di dalam sangkar dan dibiar bebas, anda dan anak pasti seronok berjalan di kawasan taman burung pertama di Malaysia ini sambil melihat pelbagai jenis burung berwarna warni dan berlainan saiz. Anda diberi peluang memberi makan burung-burung ini dari tapak tangan anda sendiri. Taman ini juga mempunyai koleksi kecil binantang-binatang lain seperti ular sawa, sang kancil dan kura-kura yang boleh anda lihat.
4. Pasar Malam Batu Ferrenghi

Pasar Malam Batu Ferringhi yang sangat popular dikalangan pelancong dalam dan luar negara ini adalah pasar malam yang dikatakan antara yang terpanjang di Malaysia. Berdekatan pasar ini, terdapat lambakan gerai dan hotel-hotel murah yang dimonopoli oleh golongan backpackers.
Berbeza dengan pasar malam tradisional yang menjual makanan dan barangan keperluan dapur, pasar yang di kawasan jalan kaki ini menjual pelbagai cenderamata, pakaian serta aksesori wanita. Jika anda ingin menaiki beca atau mengurut kaki yang lenguh, tiada masalah. Anda bakal disapa oleh ramai tukang urut kaki di sini.
5. Taman Tema Escape

taman tema Escape dengan pelbagai tarikan dan keseronokan berbeza ini membolehkan anda kembali ke zaman kanak-kanak dengan aktiviti memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta “terbang” di udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap. Bagi anak-anak kcil yang tidak gemar memanjat anda boleh melihat mereka bermain di dalam bilik bermain si kecil yang berwarna-warni.
Taman tema ini juga menyajikan pemandangan kampung dan anda juga bakal melihat ayam-ayam katik berkeliaran di sebalik tanaman dan sayuran kampung yang ditanam di sekitar Escape.
6. Penang 3D Trick Art Museum

Di Penang 3D Trick Arts Museum anda boleh beraksi gila-gila di hadapan lebih 40 lukisan dan patung. Rakamkan aksi lucu bersama rakan dan keluarga sebagai kenang-kenangan. anda juga berpeluang untuk anda menyimpan gambar-gambar lucu dan pelik di tarikan ini. Memang berbaloi sangat untuk pengunjung yang suka bergambar!

7. Muzium Permainan Lama 



Terletak di Lebuh Acheh, muzium dua tingkat ini hampir dengan masjid Kapitan Keling, Teluk Bahang dipenuhi dengan figura dan merupakan tempat yang lebih hampir kepada tempat simpanan permainan bertaraf antik.


Tempat yang bakal menggamit memori zaman kecil datuk dan bapa anda ini dipenuhi dengan permainan tahun 1940 an yang dibuat daripada tin tahan lasak dan barangan mekanikal yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. Anda boleh melihat kereta lama, kapal terbang antik, robot tin dan pelbagai figura lama yang cantik dan anak patung lama yang mungkin agak menyeramkan buat pengunjung.
8. Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel ialah sebuah muzium yang merakamkan sejarah Pulau Pinang sejak 400 tahun lalu. Di sini anda akan dapat belajar peristiwa-peristiwa penting pulau ini, dari pembukaannya, sejarah perangnya dan kepentingan pulau ini bagi penjajajah. Anda pasti tidak bosan kerana muzium ini juga mempunyai lukisan interaktif mereka sendiri untuk anda bergambar ala-ala muzium 3D. Seronoknya dua dalam satu!
9. Taman Botani Penang

Taman Botani adalah tempat paling ideal untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan indah bagi mereka yang tercari-cari tempat menarik di Penang. 
Pada waktu dahulu, taman ini dibuka oleh British untuk mencari tumbuhan yang sesuai untuk dikomersilkan. Sewaktu zaman Perang Dunia Ke-2 pula, Jepun menggunakannya untuk mencari tumbuhan yang boleh dijadikan ubat.
Di kala taman ini adalah tumpuan warga lokal untuk beriadah dan berjogging. bagi pelancong luar tempat ini adalah tempat untuk melihat kawanan kera di habitat mereka sendiri.



Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..