7 Cara Mendidik Anak Mengikut Psikologi Islam. Jom Amalkan!
1.
Kaedah pesanan dan arahan
Kaedah ini
merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas
itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau
arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah
pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Menurut pandangan pakar pendidikan
kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa
bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan
baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
Mengenai
solat di awal waktu
Adab dengan
orang tua-tua
Adab dengan
kawan-kawan
Tugas
harian di rumah
2.
Kaedah bercerita
Ibubapa
boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan
daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya
anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah
sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh
dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat
dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh
menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan
dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3.
Kaedah soal jawab
Bersoaljawab
dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah
sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan
aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara
berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam
perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Anak-anak
kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang
tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya
menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah
menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan
baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4.
Kaedah merujuk kenangan lalu
Kaedah ini
bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang
kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala
pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan
dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya
lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Selain itu
pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan
apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit
yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang
pernah mereka kecapi.
5.
Kaedah nasihat dan teguran
Kaedah ini
tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan
bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi
dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab,
kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran
daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah
kedua-duanya atau tunduk.
6.
Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya
diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan
anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak
ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan
anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut
kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan
menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula
bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga
meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
7.
Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang
cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga
disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu
dilatih secara praktikal dan berterusan. Contohnya anak lelaki diajar untuk menjadi
pemimpin dan perlu bersifat tegas manakala perempuan bersifat sopan dan lemah
lembut.
Pengagihan
tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun
belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh
ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa
memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan
sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan
bersifat takbur.
Nak Mudah Bersalin? Sini ada 7 Tips Senaman Untuk Ibu Mengandung.
Senaman yang ideal akan
mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan
daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses
bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda
atau bayi anda.
Senaman berikut adalah agak
selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak
sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah
kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.
1) Berjalan
Sebagai salah satu senaman
kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda
tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang
sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.
2) Renang
Pakar-pakar kesihatan dan
kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk
wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan
otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan
membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat
akibat kehamilan.
3) Kelas senaman air
Ramai wanita mendapati kelas
senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam
air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki,
yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.
Walau bagaimanapun, adalah
sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan
selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.
4) Yoga dan regangan
Yoga dan regangan dapat
membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa
kesan buruk ke atas sendi anda.
Walau bagaimanapun, anda
mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk
membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.
Berhati-hatilah supaya tidak
keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur
akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan
terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan
fleksibiliti anda secara keterlaluan.
5) Pilates
Pilates adalah satu bentuk
senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran
tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola
gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali
dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga
dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan
lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa
mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.
Banyak senaman Pilates
dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah
kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke
atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan
boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.
6) Tarian
Jantung anda boleh dapat
mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda
dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang
memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda.
Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.
Jika anda menyertai kelas
tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di
samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.
7) Aerobik berimpak rendah dan Fitball
Satu perkara yang baik
mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda
tahu anda akan bersenaman dengan baik.
Jika anda menyertai kelas
khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang
sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin
selamat untuk anda dan bayi.
Susah tidurkan bayi pada waktu siang dan malam? Sini ada tips!
Sebagai ibu bapa,
tentunya anda mahukan yang terbaik untuk bayi anda. Tidur yang cukup di waktu
siang dan juga malam terutamanya membantu sistem pertumbuhan bayi yang baik dari
segi mental dan fizikal. Nak tahu lebih lanjut tentang tips terbaik untuk bayi
anda tidur lena setiap hari? Cek sini!
1) Seandainya anak
anda telah menunjukkan keletihan dan tanda mahu tidur, terus baringkan di atas
katil biarpun kemungkinan dia tidak akan terus tertidur. Jangan bertangguh
dengan menyelesaikan kerja anda dahulu! Kerana mungkin anak anda akan mula
terleka dan melakukan aktiviti lain.
2) Amalkan waktu
tidur yang tetap dan mengikut rutin harian. Biasakan mereka tidur dan bangun
pada waktu yang sama setiap hari. Bertegas dengan waktu tersebut yang telah
anda tetapkan!
3) Elakkan sebarang
permainan ketika waktu tidur terutamanya gajet yang mungkin membuatkan mereka
tambah leka dengan waktu tidur mereka. Begitu juga elakkan menonton televisyen
sebelum tidur.
4) Elakkan bermain
ditempat tidur. Asingkan tempat bermain dengan tempat tidur bagi mengelakkan bayi
anda bermain semasa hendak tidur. Bayi akan mengetahui di mana tempat untuk
bermain dan tempat untuk tidur jika kita biasakannya setiap hari.
5) Sediakan suasana
bilik tidur yang selesa. Gelapkan bilik anak sekiranya tidur waktu pagi. Ransang
mereka untuk sukakan waktu tidur dengan menyediakan kamar tidur yang selesa.
Atau mungkin anda boleh menambah sedikit aksesori atau lampu tidur yang
bersesuaian. Pastikan tempat tidur anak anda kemas dan selesa.
6) Pastikan perut
anak anda kenyang terlebih dahulu sebelum tidur kerana perut yang lapar mungkin
membuatkan tidur mereka terganggu. Anda boleh menyediakan snek ringan yang
berkhasiat untuk mereka pada waktu malam.
7) Pastikan anak
anda tidur secara mengiring atau terlentang. Elakkan tidur secara meniarap
kerana mungkin boleh menyebabkan kesukaran pernafasan. Letakkan bayi anda pada
posisi yang paling selesa.
8) Kalau boleh asingkan
tempat tidur bayi ketika tidur siang dan malam. Ini adalah satu cara untuk
memberitahu anak anda bahawa tempat tidur yang berbeza adalah waktu yang berbeza.
Waktu siang bayi tidak memerlukan masa tidur yang panjang seperti waktu malam.
Ini adalah penting!
9) Balutan atau
bedung – Teknik ini dapat membantu bayi berasa selamat ketika tidur dan
mengelakkan daripada berlaku kejutan atau gangguan seperti tersentak tubuh atau
tangan. Pastikan balutan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu tebal. Kain
lampin adalah contoh yang sesuai.
10) . Urutan tubuh –
teknik ini bukan sahaja berkesan kepada orang dewasa, bayi juga turut merasa
selesa dan nyaman apabila diurut dan ini dapat membantu bayi mudah tidur.
Ibubapa perlu ubah
gaya hidup setelah mempunyai anak. Ibubapa perlu lebih mengutamakan anak
daripada gaya hidup dahulu seperti keluar sehingga lewat malam, melepak dan
membuat pertemuan dengan rakan-rakan. Faktor gaya hidup anda yang menyebabkan
waktu tidur yang tidak teratur ini, sekaligus boleh mengganggu tidur anak anda.
Tetapkan giliran
penjagaan bayi diantara suami dan isteri bagi mengelakkan kepenatan yang
dialami sebelah pihak. Ini adalah masa suami isteri menunjukkan sikap toleransi
yang menjadi asas kepada rumah tangga yang bahagia.
Panduan Ibadah Puasa Dan Pengisiannya. Apa yang Anda Perlu Tahu.
Islam merupakan
ad-din cara hidup jitu dan unggul bagi manusia.
Kesyumulan dan keserasian ini dapat dilihat pada peraturan dan garis panduan
yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah yang meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia sama ada tuntutan rohani, jasmani mahupun akli.
Ramadhan telah
ditentukan oleh Allah Ta’ala sebagai bulan suci untuk melatih hambaNya
membersihkan jiwa dan mencapai ketakwaan melalui ibadah puasa. Oleh kerana
tetamu yang mulia ini mengunjungi kita setahun sekali maka sudah pasti ada
perkara-perkara yang kita terlupa mengenainya dan perlu mengulangkaji dan
memperbaharui ingatan tersebut serta berusaha mendapatkan pedoman yang
sewajarnya melalui majlis-majlis ilmu seumpama ini supaya dengan itu kita dapat
menjalani ibadah tersebut dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun yang
lalu, insyaAllah.
Ibadah
puasa dan pengisiannya.
Kita perlu berniat
puasa di malam hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa.
Menurut Mazhab
Syafie, niat puasa Ramadhan perlu dilakukan tiap-tiap hari sebagai syarat sah
puasa. Namun begitu untuk lebih berhati-hati dan jika khuatir terlupa, maka
digalakkan berniat puasa Ramadhan pada malam pertama Ramadhan dengan berniat
puasa seluruh Ramadhan dengan mengikut pendapat Imam Malik.
Sah puasa jika makan
dan minum (bersahur) selepas waktu imsak sehingga pasti terbit fajar (masuk
waktu subuh) kerana permulaan puasa ialah bermula dengan terbit fajar sadiq.
Namun begitu berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak adalah afdhal kerana
mengikut sunnah dan sebagai langkah berhati-hati dan bersedia mempersiapkan
diri untuk memulakan ibadah puasa.
Yang dimaksud dengan
waktu Imsak adalah waktu untuk menahan diri dari melakukan perkara-pekara yang
membatalkan puasa, maka sebaiknya kita berhenti makan ketika waktu Imsak telah
masuk.
Orang yang berpuasa
tetapi melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat dengan sengaja seperti
meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat, mengumpat, berbohong, menonton
acara hiburan yang melalaikan, melihat, membaca atau berbicara tentang perkara
yang menimbulkan syahwat secara langsung atau tidak seperti melalui telefon,
sms, internet, televisyen dan sebagainya adalah sah tetapi dikhuatiri tidak
diterima oleh Allah kerana mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa.
Puasa
yang berfaedah dan diterima adalah puasa yang dapat mendidik jiwa dan mampu
menggerakkan diri untuk mengerjakan kebaikan serta dapat membuahkan ketakwaan
sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang
yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah :
183)
Solat
Tarawih
Mengerjakan solat
tarawih secara berjemaah adalah afdhal daripada mengerjakannya bersendirian. Bilangan
rakaat solat tarawih beserta witir boleh dilakukan samada 11, 13 atau 23 rakaat
kerana masing-masing ada hujah tersendiri yang menyokong.
Bahkan sebahagian
kaum muslimin ada yang mengerjakan lebih daripada itu menurut yang disanggupi
kerana Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan bilangan yang tertentu. Setiap
kali seseorang itu membanyakkan bilangan rakaatnya kerana melaksanakan anjuran
menghidupkan malam Ramadhan maka semakin banyak pula pahalanya.
Apa yang lebih
penting solat tarawih dan witir dapat dilaksanakan dengan penuh ketenangan dan
khusyu’ mudah-mudahan diterima oleh Allah Ta’ala dan mendapat ganjaran
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa yang
berdiri solat di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala,
maka ia akan diampuni dari dosa-dosa yang lalu.”
(Maksud Hadis Riwayat Muslim)
Lailatul
Qadar
Lailatul qadar dapat
disaksikan oleh orang yang dikehendaki oleh Allah pada tiap-tiap tahun di dalam
bulan Ramadhan.
Tidak ada kepastian
yang yang jelas mengenai masa berlakunya lailatul qadar. Namun begitu Jumhur
Ulama’ berpendapat ia berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan
berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya yang diriwayatkan
oleh Bukhari dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bemaksud :
“Carilah dengan
segala daya upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluh yang
akhir dari bulan Ramadhan.”
Tadarus
Al-Qur’an
Merupakan suatu
sunnah yang digalakkan kerana Rasulullah SAW melakukan mudarasah al-Qur’an
bersama Jibril a.s setiap tahun sekali dan melaksanakan yang demikian pada
tahun kewafatan baginda sebanyak 2 kali.
Hendaklah dilakukan
dengan menjaga adab-adabnya sperti membaca dengan tenang, hadir hati, menyedari
kebesaran kalamullah, tadabbur, tartil dan sebagainya.
Akhir kata...
Ramadhan ibarat
sebuah madrasah atau sekolah yang ditentukan oleh Allah untuk mentarbiyah,
melatih dan mendidik umat Islam agar dapat melahirkan insan bertakwa yang patuh
tunduk kepada suruhan dan laranganNya.
Bulan yang
disediakan di dalamnya pelbagai bekalan untuk diambil sebanyak mungkin oleh
para hambaNya yang beriman buat bekalan perjalanan di masa hadapan.
Bulan untuk
menyucikan diri dari kekotoran dosa dan memperbaharui diri dengan keimanan yang
lebih kental guna menghadapi pelbagai ujian yang mendatang dalam bulan-bulan
seterusnya. Beruntunglah jika kita dapat menggunakan kesempatan yang bakal tiba
dengan sebaik-baiknya dan rugilah mereka yang mengabaikannya. Wallahualam.
Pantang Larang Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Diberi Perhatian!
Alam kehamilan merupakan
alam paling indah yang dilalui oleh setiap ibu di dunia sehingga saat kelahiran.
Detik ini menjadi pengikat kasih sayang diantara suami dan isteri yang
mengharungi saat sukar dengan tenang dan sabar.
Bagi ibu yang sedang
mengalami proses ini, ada beberapa perkara yang perlu anda elakkan untuk kesejahteraan
anda dan bakal bayi anda nanti. Si suami perlu mainkan peranan yang besar untuk
membantu isteri menerusi galakan, semangat dan selalu mndampingi isteri terutama
apabila si ia memerlukan anda.
Antara pantang larang
yang perlu anda ketahui;
1.
Jauhkan diri dari kucing.
Najis kucing merupakan
najis haiwan yang paling bahaya berbanding najis haiwan lain. Terdapat sejenis
parasit yang membiak di dalam usus kucing yang kemudiannya dikeluarkan melalui
najisnya. Parasit ini dikenali sebagai protozoa.
Parasit ini tidak
mendatangkan bahaya kepada orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah
kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan. Beberapa kecacatan berkaitan
saraf mungkin berlaku akibat sentuhan secara terus dengan najis kucing.
Sekiranya anda membela
kucing di rumah, hadkan sentuhan anda dengan kucing tersebut. Minta suami anda
untuk menguruskan aspek kebersihan kucing termasuk mengendalikan najis kucing.
2.
Tidak boleh memukul, mencederakan atau membunuh haiwan.
Dikhuatiri anak yang
bakal dilahirkan akan cacat atau tidak sempurna sifatnya seperti haiwan yang
dicederakan itu. Contohnya, jika kita ternampak seekor lipas lalu kita
memukulnya sehingga lipas itu mati dan kaki serta tanggan lipas itu tercabut,
bimbang anak yang bakal lahir nanti tiada tangan atau kaki seperti lipas itu.
Namun jika berada dalam situasi seperti didatangi haiwan yang merbahaya seperti
ular, pastinya kita perlu selamatkan diri sendiri kan?. Berdoalah, Allah maha mendengar.
3.
Elakkan penggunaan bahan kimia.
Bagi ibu yang sedang
hamil, anda tentu tahu penggunaan bahan kimia sangat tidak bagus untuk bayi
anda.
Jika kaedah memanjakan
diri di pusat kecantikan menggunakan bahan kimia untuk merapikan rambut dan
sebagainya, ada baiknya anda tangguhkan dahulu rutin ini sehingga selepas
bersalin.Suhu yang tinggi ketika bersauna juga tidak elok untuk kandungan anda.
Begitu juga penggunaan
pencuci muka dan alatan mekap yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi
sebaiknya dielakkan. Pilih penjagaan wajah dan badan yang semulajadi untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini kepada bayi anda.
4.
Elakkan makan makanan mentah atau separuh masak.
Elakkan makanan mentah
kerana terdapat bakteria yang masih hidup di dalam makanan ini yang mungkin
akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
Sebagai contoh sushi,
telur separuh masak, steak atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya perlu
dielakkan oleh ibu hamil yang inginkan bayinya dilahirkan dalam keadaan sihat
dan cerdas.
5.
Jauhkan diri dari orang yang mempunyai penyakit berjangkit.
Elakkan dari berjumpa
orang yang mempunyai penyakit yang boleh berjangkit ketika anda hamil. Risau
juga sekiranya penyakit yang ada pada pesakit boleh menjangkiti anda.
Walau bagaimanapun
sekiranya keadaan mendesak, anda harus berhati-hati dan kurangkan sentuhan
dengan pesakit.
6.
Elakkan Makanan yang mempunyai bau kuat.
Elakkan memakan makanan
yang berbau kuat ketika usia kandungan sudah memasuki sembilan bulan. Dikatakan
air ketuban akan berbau busuk ketika saat melahirkan nanti.
Antara contoh makanan
yang perlu dielakkan ialah petai dan jering terutama yang sudah dijerukkan.
Ada juga pantang larang
yang melarang ibu hamil memakan ulaman yang berakar atau berurat seperti ulam
pegaga kerana dikhuatiri uri akan melekat ketika bersalin. Sejauh mana
kebenaran ianya tidak dapat disahkan tetapi sebab saya agak kuat juga
berpantang, saya sememangnya elakkan dari memakan ulaman berurat.
7.
Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Paling penting, jangan
tinggal solat dan berbuat baiklah kepada orang di sekeliling anda. Bercakap baik dengan suami terutamanya dan
selesaikan masalah dengan penuh berhemah jika ada masalah dan jangan
dipendamkan kerana ia boleh menjejaskan emosi si ibu.
Pemilihan Cuti Panjang Bagi Tahun 2016
Anda merancang untuk bercuti panjang, tetapi risaukan cuti tahunan anda habis? Di sini ada tips untuk anda bercuti panjang tanpa menghabiskan cuti tahunan anda. Cuti yang dirancang ini mengikut cuti umum sahaja. Untuk cuti bagi setiap negeri anda boleh sesuaikan mengikut negeri anda bertugas.
Slot 1 : Tempoh Cuti 4 Hari (1 Jan 2016 - 4 Jan 2016)
Nota : 1 Jan 2016 cuti Tahun Baru, 2 & 3hb cuti mingguan. Ambil cuti pada 4 Jan 2016.
Slot 2 : Tempoh Cuti 4 Hari (23 Jan 2016 - 26 Jan 2016)
Nota : 23hb cuti mingguan, 24 Jan 2016 cuti Thaipusam. Ambil cuti pada 26 Jan 2016.
Slot 3 : Tempoh Cuti 4 Hari (30 Jan 2016 - 2 Feb 2016)
Nota : 30 & 31hb cuti mingguan, 1 Feb 2016 cuti Hari Wilayah. Ambil cuti pada 2 Feb 2016.
Slot 4 : Tempoh Cuti 5 Hari (6 Feb 2016 - 10 Feb 2016)
Nota : 6 & 7hb cuti mingguan, 8&9hb Feb 2016 cuti Tahun Baru Cina. Ambil cuti pada 10 Feb 2016.
Slot 5 : Tempoh Cuti 4 Hari (30 Apr 2016 - 3 May 2016)
Nota : 30hb cuti mingguan, 1 May 2016 cuti Hari Pekerja. Ambil cuti pada 3 May 2016.
Slot 6 : Tempoh Cuti 5 Hari (6 Jul 2016 - 10 Jul 2016)
Nota : 6&7 Jul 2016 cuti Hari Raya. Ambil cuti pada 8 Jul 2016. 9&10hb Jul cuti mingguan.
Slot 7 : Tempoh Cuti 4 Hari (10 Sept 2016 - 13 Sept 2016)
Nota : 10&11hb Sept cuti mingguan, 12 Sept 2016 cuti Hari Raya Qurban. Ambil cuti pada 13 Sept 2016.
*Slot 8 : Tempoh Cuti 10 Hari (10 Sept 2016 - 13 Sept 2016)
Nota : 10&11hb Sept cuti mingguan, 12&13 Sept 2016 cuti Hari Raya Qurban. Ambil cuti pada 14&15 Sept 2016. 16 Sept 2016 cuti Hari Malaysia. 17&18hb Sept cuti mingguan.
*Bagi Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Slot 9 : Tempoh Cuti 4 Hari (1 Oct 2016 - 4 Oct 2016)
Nota : 1hb Oct cuti mingguan, 2 Oct 2016 cuti Awal Muharram. Ambil cuti pada 4 Oct 2016.
Slot 10 : Tempoh Cuti 4 Hari (10 Dec 2016 - 13 Dec 2016)
Nota : 10&11hb Dec cuti mingguan, 12 Dec2016 cuti Maulidur Rasul. Ambil cuti pada 13 Dec 2016.
Slot 11: Tempoh Cuti 4 Hari (10 Dec 2016 - 13 Dec 2016)
Nota : 23 & 24hb Dec cuti mingguan, 25 Dec2016 cuti Krismas. Ambil cuti pada 26 Dec 2016.
Maksimunkan penggunaan cuti dengan cuti yang lebih panjang tanpa menjejaskan banyak cuti tahunan. Selamat Bercuti!!!
Senarai Tempat Menarik di Malaysia yang mungkin menjadi pilihan Anda.Lihat DISINI
Slot 1 : Tempoh Cuti 4 Hari (1 Jan 2016 - 4 Jan 2016)
Nota : 1 Jan 2016 cuti Tahun Baru, 2 & 3hb cuti mingguan. Ambil cuti pada 4 Jan 2016.
Slot 2 : Tempoh Cuti 4 Hari (23 Jan 2016 - 26 Jan 2016)
Nota : 23hb cuti mingguan, 24 Jan 2016 cuti Thaipusam. Ambil cuti pada 26 Jan 2016.
Slot 3 : Tempoh Cuti 4 Hari (30 Jan 2016 - 2 Feb 2016)
Nota : 30 & 31hb cuti mingguan, 1 Feb 2016 cuti Hari Wilayah. Ambil cuti pada 2 Feb 2016.
Slot 4 : Tempoh Cuti 5 Hari (6 Feb 2016 - 10 Feb 2016)
Nota : 6 & 7hb cuti mingguan, 8&9hb Feb 2016 cuti Tahun Baru Cina. Ambil cuti pada 10 Feb 2016.
Slot 5 : Tempoh Cuti 4 Hari (30 Apr 2016 - 3 May 2016)
Nota : 30hb cuti mingguan, 1 May 2016 cuti Hari Pekerja. Ambil cuti pada 3 May 2016.
Slot 6 : Tempoh Cuti 5 Hari (6 Jul 2016 - 10 Jul 2016)
Nota : 6&7 Jul 2016 cuti Hari Raya. Ambil cuti pada 8 Jul 2016. 9&10hb Jul cuti mingguan.
Slot 7 : Tempoh Cuti 4 Hari (10 Sept 2016 - 13 Sept 2016)
Nota : 10&11hb Sept cuti mingguan, 12 Sept 2016 cuti Hari Raya Qurban. Ambil cuti pada 13 Sept 2016.
*Slot 8 : Tempoh Cuti 10 Hari (10 Sept 2016 - 13 Sept 2016)
Nota : 10&11hb Sept cuti mingguan, 12&13 Sept 2016 cuti Hari Raya Qurban. Ambil cuti pada 14&15 Sept 2016. 16 Sept 2016 cuti Hari Malaysia. 17&18hb Sept cuti mingguan.
*Bagi Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Slot 9 : Tempoh Cuti 4 Hari (1 Oct 2016 - 4 Oct 2016)
Nota : 1hb Oct cuti mingguan, 2 Oct 2016 cuti Awal Muharram. Ambil cuti pada 4 Oct 2016.
Slot 10 : Tempoh Cuti 4 Hari (10 Dec 2016 - 13 Dec 2016)
Nota : 10&11hb Dec cuti mingguan, 12 Dec2016 cuti Maulidur Rasul. Ambil cuti pada 13 Dec 2016.
Slot 11: Tempoh Cuti 4 Hari (10 Dec 2016 - 13 Dec 2016)
Nota : 23 & 24hb Dec cuti mingguan, 25 Dec2016 cuti Krismas. Ambil cuti pada 26 Dec 2016.
Maksimunkan penggunaan cuti dengan cuti yang lebih panjang tanpa menjejaskan banyak cuti tahunan. Selamat Bercuti!!!
Senarai Tempat Menarik di Malaysia yang mungkin menjadi pilihan Anda.Lihat DISINI
Subscribe to:
Posts (Atom)