Showing posts with label kebaikan solat Dhuha. Show all posts
Showing posts with label kebaikan solat Dhuha. Show all posts

Fadhilat Solat Dhuha



Kita selalu dikhabarkan fadhilat solat dhuha  ialah kita mudah menjemput rezeki dan dipermudahkan urusan hidup. Apa yang penting ialah konsistensi dan konsentrasi kita dalam mendirikan solat sunat yang terlampau banyak manfaatnya saban hari.

Istiqamah dalam melakukannya memberi perspektif baru dalam menjalani kehidupan yakni lebih positif dan tawakkal kepada yang maha pemberi rezeki. Walau dalam situasi menekan, kita mampu tersenyum kerana selagi kita bergantung pada-NYA, ia mampu menyalurkan seribu satu kekuatan yang tidak dapat diraih dari tempat lain.

Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.

Banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan solat dhuha yang boleh kta ambil sebagai motivasi pembakar semangat untuk sentiasa memperbaiki kita punya niat, solat dan perspektif kita tentang kehidupan.







Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya  ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya nabi SAW telah bersabda;  Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad)



Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan solat dhuha yang mana antara faedahnya, Allah S.W.T memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat dhuha. Dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)







Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat dhuha .”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."



Dan daripada Anas bin Malik r.a berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”


(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Cara Solat Dhuha Yang Mudah Beserta Doa!

SOLAT DHUHA BUKAN SUSAH, SENANG JA…


JOM BUAT SOLAT DHUHA

Solat Dhuha

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum semua, 
Solat Dhuha boleh dikatakan sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan hidup yang diberikan-NYA. Waktu mendirikan solat Dhuha ialah pada waktu pagi, seeloknya dalam pukul 8.00 hingga 11.00 tengah hari. Aisyah selalu solat antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi sebab waktu pada masa itu panas matahari baru keluar memancar. Jumlah rakaat solat Dhuha pula paling sedikit 2 rakaat, 4, 8, 12 dan boleh buat beberapa rakaat pun tanpa ada batasan tertentu. Namun, ada riwayat hadis mengatakan bahawa:

“Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat”.

Ringkasnya solat Dhuha adalah seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA
1   1)     Niat dalam hati untuk sembahyang Dhuha:
“ Sahaja aku sembahyang Dhuha 2 rakaat kerana Allah”
     Lafaz niat:
2)  Takbiratul ihram
     3)   Doa iftitah
     4)    Membaca surah al-fatihah
     5)    Membaca surah  al-Quran, cth: al-kafirun, ayat kursi, as-syam, al-lail (tidak ada 
          surah yang khusus)
     6)  Rukuk
     7)  Iktidal
     8)  Sujud
     9)  Duduk antara dua sujud
     10)  Sujud kali kedua
     11) Bangun untuk rakaat kedua


RAKAAT KEDUA
     1)  Membaca surah al-fatihah
     2)  Membaca surah  al-Quran, cth: al-dhuha, al-ikhlas (tidak ada  surah yang khusus)
     3)  Rukuk 
     4)  Iktidal
     5)   Sujud
     6)    Duduk antara dua sujud
     7)    Sujud kali kedua
     8)   Duduk untuk tahiyat akhir 
     9)  Memberi salam

Doa solat Dhuha:



Akhir kalam, Aisyah akhiri dengan satu riwayat nabi kita sebagai semangat untuk kita menjadikan solat Dhuha sebagai amalan kita setiap hari. Sesungguhnya,  nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan”. (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).



editor: @isyah
.. .. ..