Showing posts with label anak soleh. Show all posts
Showing posts with label anak soleh. Show all posts

7 Doa Terbaik untuk anak-anak kita


Doa dan harapan. Itu adalah ungkapan jitu yang saling berkait yakni merujuk kepada kebergantungan kita kepada Allah S.W.T. Ia merupakan tawakkal setelah kita penat berusaha dalam memberi makna kehidupan terbaik untuk anak-anak. Berdoa sangat digalakkan dalam Islam kerana sebagai hamba-NYA yang lemah, kita mohon pertolongan Allah dan sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik tempat berlindung dan maha memelihara. 



1.  Doa terbaik untuk anak dalam meminta perlindungan.




Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana mata (pandangan mata yang menimpakan penyakit).



Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Iaitu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam di atas 'Arasy.

2.  Doa terbaik untuk anak menjadi soleh dan solehah.





3.  Doa terbaik untuk melembutkan hati anak yang degil.


Allah maha lembut tadbir-NYA (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-NYA ) terhadap hamba-hamba-NYA; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah yang maha kuat lagi maha kuasa.
Surah As-Shuraa ayat 19



“Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di derah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Surah Ali-Imran ayat 200

4.  Doa terbaik untuk anak rajin dan pandai belajar.


Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Surah Al-Anbiya’ ayat 79



5.  Doa terbaik untuk anak menjadi beriman dan bertakwa.


“Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa.”

Surah Al-Furqan ayat 74



Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Baqarah ayat 128


6.  Doa terbaik untuk anak yang sedang sakit.

a. Baca Al-Fatihah 3 kali:

b. Diikuti dengan doa untuk kesembuhan anak.


Hilangkanlah penyakitnya, wahai tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhanmu iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

7.  Doa terbaik memohon rahmat dan keberkatan.



(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
Surah Ali Imran ayat 8



Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Surah Ali Imran ayat 9




10 Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa

10 Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa

**Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh**

Setiap anak yang dilahirkan di dunia ini, tidak dapat lari daripada menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapa. Setiap kehidupan yang kita lalui ini, adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan dan kasih sayang dari Allah. Tapi tahukah kita, redhanya Allah itu adalah terletak kepada redhanya ibu bapa ke atas kita. Oleh itu, janganlah kita sekali-kali melepaskan tanggungjawab bahkan menderhakai ibu bapa kita, kerana kelak akan mendapat balasan serta murka daripada Allah S.W.T yang mana bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


10 Tanggungjawab yang Aisya nak kongsikan ni diharapkan dapat membantu saudara/i sekalian bagi terus berbakti sekaligus mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat.



1. Menghormati dan Mentaati Ibu Bapa

Ø  Sebagai seorang anak, selagi ibu bapa kita tidak menyuruh kita melaksanakan perkara yang bercanggah dengan agama, selagi itu kita bertanggungjawab untuk menjalankan apa yang disuruh oleh mereka. Hormati dan jangan sekali-kali menunjukkan tingkah laku yang boleh mengguris perasaan mereka.



2. Memahami kehendak Ibu Bapa

Ø    Fahami kehendak disini bukan bermaksud memberi segala keperluan kehendak dari segi kewangan semata-mata, tetapi fahami apa yang mereka mahukan dari kita iaitu dari segi tingkah laku dan nasihat yang mereka berikan. Kebanyakan anak pada hari ini hanya mahu ibu bapa sahaja memahami kehendak mereka. Cuba sesekali kita buka minda dan mata tentang apa yang ibu bapa mahu kita jadi. Sebagai contoh, fahami kalau suruh kita pakai tusung tu kenapa? Hari-hari bising suruh solat tu kenapa? Tak bagi pakai baju ketat-ketat tu kenapa? Fikirkan.



3. Bercakap dengan sopan

Ø  Satu cara jalankan tanggungjawab kepada ibu bapa juga adalah bercakap dengan sopan dan lemah-lembut. Walaupun zaman sekarang ni, kita boleh tengok ada sesetengah ibu bapa yang moden. Dalam kata lain boleh buat macam kawan kita. Namun adab ketika bercakap dengan orang yang melahirkan dan membesarkan kita harus ada batasnya juga. Cakaplah elok-elok dengan mereka.



4. Lafazkan Sayang dan Ucapkan Maaf

Ø       Ha yang ni confirm memang susah nak buat. Berapa orang yang kalau balik rumah atau call ibu bapa diorang cakap “Saya sayang mak ayah”. Tiba-tba rasa macam buat tebiat jer kan. Tapi cuba amalkan bila call atau buat silap ucapkan perkataan sebegini, secara tak langsung ia dapat menyejukkan hati mereka. Biarpun kita tak mampu mana nak bagi diorang bantuan kewangan.
Ø   Senang cakap, ni antara salah satu anda tunjukkan kasih sayang korang kat mereka.



5. Memberi dan menyediakan bantuan kewangan/bukan kewangan

Ø     Berilah sebanyak mana yang anda mampu. Terutama bagi ibu bapa yang sudah lanjut usia dan sudah tidak mampu untuk bekerja. Bantuan tidak semestinya berbentuk wang. Kudrat mahupun tenaga pun boleh. Ini semua pun masih tak terbayar dengan apa yang telah mereka korbankan untuk membesarkan kita.



6. Menyediakan tempat berteduh/tinggal

Ø     Kebiasaannya ia berlaku kepada ibu bapa yang kehilangan tempat tinggal. Oleh itu, anak bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada ibu bapa supaya keselamatan dan keperluan mereka terjamin.



7. Meluangkan masa bersama-sama

Ø      Bagi mereka (anak) yang bekerja atau tinggal jauh daripada ibu bapa mereka, sebenarnya bertanggungjawab untuk meluangkan masa bersama-sama mereka. Jangan terlalu mementingkan kerjaya/duit sehingga mengabaikan perasaan ibu bapa kita yang tinggal di kampung. Kerap pulang dan lakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka.



8. Memberi perhatian kepada Ibu Bapa

Ø    Sebagai seorang anak juga, kita mestilah sentiasa menunjukkan perhatian kepada ibu bapa kita. Kerap kali telefon mereka bertanyakan khabar berita agar mereka tidak berasa kesunyian. Cuba tunaikan permintaan mereka agar mereka tidak berasa disisihkan.



9. Menghadiahkan kejayaan dan menghargai Ibu Bapa

Ø   Ibu bapa akan berasa bersyukur dan gembira tatkala melihat anak-anaknya berjaya. Oleh itu, apabila kita beroleh kejayaan, jangan lupa untuk berkongsi dan memaklumkan kejayaan tersebut bersama kedua orang tua kita. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa kita menghargai mereka dengan apa yang telah kita kerjakan dalam hidup.



10. Mendoakan kesejahteraan Ibu Bapa

Ø    Setiap kali solat, jangan lupa untuk sentiasa berdoa demi kebaikan dan kesejahteraan ibu bapa kita sama ada mereka itu masih hidup mahupun sudah meninggal dunia.



Sabda Rasulullah S.A.W:
Ibnu Umar berkata; Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda: "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya aku lagi. Baginda S.A.W. menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Aku bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W: "Berjihad pada jalan Allah." (HR Bukhari dan Muslim)
 


  Segala kebaikan dan pengorbanan yang mereka lakukan terhadap kita tidak mampu untuk kita membalasnya. Maka itu, berdoalah kepada Allah agar ibu bapa kita mendapat balasan nikmat yang tidak tenilai disisi Allah S.W.T.





Editor:@isyah
.. .. ..